Saturday, 6 May 2023

Tukar Nombor Plat Kesayangan ke Kenderaan Baharu (Interchange)

Rasa sayanggg nak let go nombor plat asal sebab ada sentimental value nya tersendiri... Boleh, dengan cara buat interchange di JPJ. Kalau tak de masa dan nak mudah boleh upah runner tau. Cuma saya nak buat sendiri sebab nak belajar benda baru.

Pertama: PUSPAKOM 

(Untuk cek keadaan kenderaan lama yang nak dialihkan nombor plat)

Buat temujanji dengan pihak puspakom di website https://www.mypuspakom.com.my/ dan datang temujanji mengikut slot. Bayaran untuk Pemindahan nombor pendaftaran adalah RM30.21. Check kenderaan tak ambil masa lama dan keputusan juga kita akan dapat on the spot sama ada lulus atau gagal. Untuk kali pertama, kenderaan saya GAGAL sebab masalah tinted tak mengikut spec JPJ. Jadi saya kena betulkan dulu isu itu (pergi buang terus tinted cermin depan). Dan saya booking appointment puspakom kali kedua dan kena bayar lagi RM30.21. Berdebar juga nak check kali kedua takot ada isu lain inspector jumpa, tapi Alhamdulillah lepas. LULUS dan dokumen keputusan mereka emelkan dalam hari yang sama. Kita boleh terus pergi buat kat JPJ.


Kedua: JPJ (hanya di JPJ Besar/Cawangan). Jangan ke kaunter JPJ atau UTC.

Nak dijadikan cerita dan melambatkan masa, saya mulanya pergi ke UTC. Kemudian ke kaunter JPJ pula. Tiada proses interchange kat situ. Akhirnya saya ke JPJ Besar. Korang kena download apps JPJEQ untuk scan bar code nak dapatkan nombor giliran menunggu. Sangatlah ramai rakyat di JPJ. Masa saya pegi sebelah petang pukul 2.50, nombor giliran dah habis. Jadi saya terpaksalah balik dan datang balik esoknya. Saya sampai esoknya pukul 8.15 dan gilirannya menunggu 67 orang dah. Kali ni saya nak puji betul dengan servis kaunter JPJ sbb sangat efisyen dan cepat. 

Dokumen yang perlu dibawa: geran kereta asal (original), roadtax, borang JPJ K1A (isi borang), salinan IC dan Laporan PUSPAKOM tu dan surat daripada ejen kereta baharu. Tuan empunya kena hadir sendiri ke JPJ sbb nak thumbprint dan IC. Jadi kita juga diberi pilihan satu nombor plat baharu yang nak dibubuh kat kereta asal. Dan dalam beberapa saat, zasss terus dapat Geran Baharu bagi kedua-dua kenderaan (lama & baharu). Bayarannya RM500. 


Ketiga: NCD kereta asal 

Nak transfer NCD ke kereta baharu kan? boleh la buat draw NCD siap2 ke kereta baharu, hubungi la pihak insurance kita.


Keempat: Jual Kereta di Carsome 

Terfikir nak jual kereta lama tu? Guna servis carsome.

Nak cerita sikit la servis carsome. Buat appointment untuk check kenderaan. Pergi ikut slot temujanji. Bawa la geran kereta dan kunci kereta tu. Dalam masa 1 jam pihak Carsome akan inspect kereta dan offer harga kereta. Disebabkan saya rasa Carsome offer harga bukan mengikut jangkaan yang saya nak jual, so saya try untuk masuk slot bidding. Bidding ni diberi tempoh selama 4 hari. Setiap slot bidding, harga bid akan berkurangan sebanyak 5%. Namun tiada rezeki, tiada orang bid pon. Yang view pon paling ramai 5 view. Akhirnya saya bersetuju la dengan harga yang Carsome offer awalnya. Lepas tu kena thumbprint dan bayaran masuk ke akaun kita dalam masa sehari (3 jam selepas itu).

Alhamdulillah semuanya setel.


Sedikit perkongsian untuk kalian yang tengah cari info berkenaan interchange. Harap bergunalah.

Selamat Hari Raya....

Wednesday, 13 June 2018

Insan yang pergi

Kasih abadi

Adik, Satu pinjaman yang berharga
Dua puluh sembilan tahun ada bersama
Kebahagiaan untuk dirinya hanya dua pertiga
Dari umur kelahirannya
selebihnya berada di alam lamunan
Jiwa mati dalam sedar
Masih tidak pasti apa yang terjadi
Asbab kekhilafan manusia atas muka bumi
Kisah ini telah ditakdirkan
Dia dipilih oleh Pencipta-Nya
Kerana dia kuat dan tabah melalui ujian
Bersama ayah ibu yang sentiasa mendampinginya
Seratus hari terakhir adalah keajaiban Allah
Sedar dari lamunan dan jiwa dikembalikan untuk bersama keluarga
Masa digunakan dengan bernilai untuk beri rasa penuh kasih sayang
Jiwa ragamu sudah melayang
Kesakitanmu telah hilang
Kini pusaramu sebagai kenangan
Ayah ibu telah melupakan kisah kelam
Kerana Allah yang menentukan
Hati merasa tenang, Allah hantar adik kepada kehidupan yang lebih indah di sana..
Hanya doa yang baik untukmu , sentiasa...

Al-Fatihah 30 Oktober 1988 - 19 Mac 2018 (2 Rejab

Saturday, 5 March 2016

Celebrity Perfume (Malaysia)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Sambil sambil saya nak promote perfume celebrity Malaysia yang top meletop dan wangi seperti international perfume. Korang boleh dapatkan dengan harga mampu milik dan wangi2 bagaikan celebrity. Perfume by Rozita Che Wan, Bunkface, by Rita Rudaini dan By Remi Ishak.

Jom jenguk juga Instagram shiny_tamina untuk tengok2 dan jika berkenan, boleh place order.


Rumi by Remi Ishak for him and her





Weekend.. Sunday..

Weather is so hot! And the body was so stress..


Sunday, 21 February 2016

Assalamualaikum

Kecewa? Mengapa masih kecewa?

I don't regret my past, I just regret the time I wasted. 

Kenapa masih tidak gembira sedangkan semua tindakan yang baik telah diusahakan. Hati ini masih sengaja ditutup untuk menjalani kehidupan yang bebas dari memori lepas. 

To forget the past:
1. You stop the communication
2. You throw every piece of memory
3. You delete stupid picture
4. You delete every single text
5. You forget the feeling

No. 5 is hard to do!

Wednesday, 17 February 2016

Cabaran

Assalamualaikum,

Dah lama saya tak mencatat di blog. Tiba-tiba hati rasa ingin menulis dan memberitahu sesuatu. Yang mana ianya susah untuk dikongsikan kepada orang-orang di sekeliling kita. Masyarakat kita suka menuding jari dan membuat judgement terhadap apa yang mereka nampak dengan mata mereka. Ianya adalah salah!
"Never Judge Someone Without Knowing the Whole Story. You May Think You Understand But You Don't."
Kecewa? Kecewa dengan kehidupan di bandar ini. Silicon Valley of Malaysia. 3 tahun masa mengenal bandar ini, tiga tahun hidup bersama teman-teman. Masuknya 6 tahun bersama dari Putrajaya selama 3 tahun ke Cyberjaya 3 tahun juga. dan memiliki 2 orang anak yang comel. Tetapi akhirnya rasa kecewa dengan hidup sekarang.
Perlu membuat perubahan supaya tidak lagi terumbang ambing. 



Saturday, 20 September 2014

Monday, 7 July 2014

Rutin Bulan Ramadhan

Rutin Ramadhan Saya

Sebagai seorang pekerja di pejabat, isteri dan ibu.
Rutin setiap hari untuk bulan ini seperti berikut :
4.45pg Bangun sedia sahur
7.45pg Pergi kerja
6.00ptg Balik kerja
6.30ptg Sedia utk berbuka
7.30mlm Buka puasa
8.30mlm Terawih
9.30mlm Kerja rumah
10.30mlm Berhobi-biskut raya
1.00pg Tido
* layan anak tu sepanjang waktu, kecuali masa hantar ke taska.

Kuatkan kaum wanita? Lagipon sambil berhobi boleh tambah pendapatan. Harap dapat disalurkan Rezeki Allah bagi pada saya kepada org2 yg memerlukan terutama fakir miskin dan anak yatim, selepas bantu Keluarga dan saudara mara terlebih dahulu. Berkatilah kami Ya Allah.

Thursday, 3 April 2014

Tips Untuk Hamil

Mungkin anda sedang mencari tips untuk hamil. 

Di sini saya kongsikan cara yang saya gunakan untuk hamil. Kaedahnya sangat simple dan senang. Namun rezeki anak adalah dari Allah dan banyakkan berdoa dan usaha juga.

Dalam tempoh tiga bulan sebelum merancang untuk hamil, pertamanya saya cuba elak makan dan minum makanan berikut:-
·         Minuman bikarbonat (cth: pepsi, cola)
·         Junk food dan jeruk
·         Maggi
·         Buah masam seperti lemon, nenas
·         Fastfood seperti McD, KFC
·         Tapai

 Dalam masa yang sama, saya cuba setiap hari untuk
·         Ambil vitamin C dan Vitamin E
·         Asid folik
·         Minum susu
·         Kadang-kadang puasa (cth: Isnin dan Khamis)


Saya juga sarankan supaya suami kurangkan merokok, ambil juga Vitamin C dan Vitamin E setiap hari.

Selain itu, pastikan waktu subur tepat menggunakan Ovulation Test. Mungkin waktu subur bukan antara hari ke 12-14. Bila gunakan ovulation test (boleh dapatkan di mana-mana farmasi) boleh dapat waktu yang tepat dan tidak dijangka apabila waktu subur adalah antara hari ke 18-20. Di samping itu, selang selikan waktu bersama (contoh selang sehari atau dua hari). Jangan terus cuci lepas bersama. Biar air mani berada dalam vagina selama yang boleh (minimum 15 minit) dan bantu isteri tinggikan kaki/bahagian bawah bagi mengelakkan air mengalir keluar.

Semoga perkongsian ini dapat memberi sedikit sebanyak cara untuk hamil. Insya allah.




Monday, 3 March 2014

Sweet Thanks Crunchy Almond

Crunchy Almond (Sweet Thanks)


Hye everyone, place your order for crunchy almond.. Price  RM 23 (230g) or RM14 (140g). Or buy more than 10box will get RM21 (230g) each box. Pm me #fb Nik Taminaa. Thank you.

Sunday, 16 February 2014

Home Self Decor

Converting A Boring Into A Fun


1. Simple decoration for dining space








2. Small workspace

3. Living space

Monday, 30 September 2013

Chocolate Chip + Bar Cookies

Biskut Coklat Chip Bar NyumNyum

Hai semua, tengah cari resepi biskut coklat chip ke? Saya ada 2 jenis resepi. Jom saya share, boleh la cuba..


Chocolate Chip Cookies Cheeeeiii (Nama Anak Saya Yang Bagi) sbb huruf 'c'

250g buttercup
3/4 cawan gula kastor
1 biji telur (kuning dan putih)
1 sudu teh esen vanilla
280g tepung gandum
2 sudu besar susu tepung
1 sudu besar tepung jagung
1/4 sudu teh soda bikarbonat
1/4 sudu teh baking powder
1 cawan coklat chip
1/2 cawan coklat bar (cadbury)
1/2 cawan oat dikisar
sedikit garam halus








Pukul butter dan  gula hingga kembang. Masukkan telur yang dicampur dengan esen vanilla. pukul lagi. masuk garam, soda bikarbonat, baking powder. Masukkan tepung-tepung dan kacau.
Last sekali masukkan oat, coklat chip dan coklat bar. Kemudian bakar pada suhu 150C selama 15 minit.

Kalau lagi satu resepi, cuma guna kuning telur (putih telur buang). dan masukkan juga 1/2 sudu besar serbuk koko. itu saje perbezaannya.

Selamat mencuba.

Jika ingin membuat tempahan, biskut ini saya jual RM20 untuk satu bekas biasa. Sms nssikari@gmail.com atau whatsapp 0148218047. Boleh juga tempah untuk doorgift reception. Lebih banyak tempah, boleh dapat lagi murah.

Wednesday, 25 September 2013

Malang Kurang Berbau

Malang Tidak Berbau @ Malang Kurang Berbau

Mungkin kali ini merupakan malang kurang berbau.. Semenjak dua tiga hari ini, saya tidak sedap hati dan berasa seperti sesuatu yang akan hilang dari segi harta benda.. Pada mulanya, saya terfikir mungkin melibatkan rumah, dan sentiasa berwaspada dengan mengunci pintu dan grill dengan baik sebelum keluar.

Jadi sebenarnya hari ini kisahnya berlaku.
Pada jam 3.53 petang, saya mendapat panggilan daripada suami dengan suara yang agak lemah. Telah dirompak di seri kembangan, berhampiran south city plaza. Cermin kereta dipecahkan untuk mengambil barang dalam kereta, dan malangnya nasib apabila yang diambil tu adalah duit yang berjumlah 5angka. Dan juga lebih malangnya apabila duit tersebut bukanlah duit kami, tetapi duit orang. Syukur suami tidak cedera kerana pada masa tersebut, dia keluar sekejap dari kereta. 

Makanya, suami saya telah membuat laporan polis di balai polis berhampiran south city plaza dan juga balai polis puchong. Seperti biasa, kita kena redha dengan hal yang berlaku kerana dengan apa cara sekalipun, penyangak tidak akan pulangkan kembali duit tersebut, except miracle happen i hope really hope. 

Kecuaian diri sendiri menyebabkan perkara ini boleh berlaku. Jika kita sentiasa berwaspada dan merancang tindakan yang perlu diambil terlebih dahulu, masih ada peluang yang boleh menyelamatkan kita dari terjadi perkara seperti ini. 

1. Jangan bawa cash yang banyak apabila keluar dari bank, lebih baik terus bank in di atm/kaunter.

2. Tukarlah duit tersebut kepada bentuk cheque.

3. Jangan simpan duit dalam beg/envelope.

4. Jangan letak beg di seat sebelah penumpang kerana menyenangkan mereka.

Sejak akhir-akhir ini sangat-sangat-sangat banyak kes ragut, kecurian, rompakan yang berlaku. Pada pandangan saya, secara overall masalah ini disebabkan oleh kesempitan wang untuk teruskan kehidupan. Mungkin kerajaan kurang peka sebenarnya dengan masalah ekonomi masyarakat / rakyat Malaysia yang mana harga barangan/servis/fasiliti semakin naik, rakyat yang miskin semakin miskin, rakyat yang kaya bertambah-tambah kaya dan sangat jauh gap antara keduanya. Kes pengangguran yang mana salah satu nya kerana kerana kurang peluang pekerjaan dengan pelbagai jenis syarat yang ditetapkan bagi satu-satu jawatan dan pekerjaan. Masyarakat sekeliling tidak membantu dan hanya melihat / buat tidak tahu jika berlaku jenayah depan mata. Ini membuatkan penyangak tersebut tidak takut dan tidak ragu-ragu untuk melakukan jenayah di khalayak ramai. Selain itu, sepertinya polis kurang membuat rondaan kawasan dan mungkin juga terdapat segelintir polis yang menyalahgunakan kuasa yang ada. 

Kerajaan Malaysia perlu lebih serius menangani masalah-masalah jenayah yang berlaku di Malaysia dan perlu buka mata buka mata luas-luas. Cuba tengok clip clip video/gambar yang terakam di CCTV/camera betapa ganasnya penyangak-penganyak di Malaysia. 
Dan tolong jangan menindas golongan bawahan. 

Terima kasih.


Saturday, 7 September 2013

Biskut semperit


250g buttercup
3/4 cawan gula castor
1 biji kuning telur
2stgh cawan tepung gandum
1 cawan tepung jagung
1/2 cawan tepung kastard
2 sudu besar susu tepung / atau susu segar
sedikit esen  vanila
sedikit garam
ceri / coklat rice utk hiasan

1. Pukul mentega, gula & garam hingga sebati. 
2. Masuk kuning telur dan esen vanila dan pukul lagi.
3. Masuk susu, tepung gandum, jagung dan kastard yang diayak.
4. Kacau hingga sebati.
5. Bentukkan adunan menggunakan bekas acuan semperit dan bakar suhu 150C selama 15minit.

Selamat mencuba semperit satu suap namanya.. mudah lerai..

Thursday, 5 September 2013

Perkara Penting Pengurusan dan Pengendalian Majlis di BPKI

3S
Sebelum
Semasa
Selepas

Sebelum
1. Bincang dgn bos
2. Confirm tarikh dan tempat
3. Surat jemputan dan pengesahan kehadiran
4. Peralatan
5. Pembahagian tugas urus setia

Semasa
1. Pegawai perlu hadir 30 minit sebelum
2. Membuat sebarang catatan bagi penyediaan laporan

Selepas
1. Pastikan tempat dan peralatan diuruskan dengan baik dan teratur dan disimpan semula
2. Maklum keputusan rasmi kepada bahagian

Sunday, 1 September 2013

Bayi demam panas

Ibu dan bapa yg pernah alami atau berpengalaman handle bayi mereka yg demam panas.

Saya cukup cuak kalau anak sy demam panas. Setakat ni dah 5 kali dia kena demam panas dalam 15 bulan.

Pertama kali my daughter kena demam panas masa umur 8 bulan. Mungkin masa tu suhu dia dh tinggi sehingga dia x sedar diri dgn mata dh pandang ke atas. Kebetulan kat shopping complex. Jadi sy terus bawak dia ke toilet utk basuh kepala dia dan lap guna towel basah. Sy bernasib baik dia terus sedar.
Kali kedua anak sy tidak sedar diri semasa perjalanan pulang ke rumah. Nasib baik juga husband sy ada sama. Semasa itu kami telah cuba basuh kepala dan badan dgn air paip. Untuk minit pertama tiada perubahan dan kami tambah air lagi untuk mandikan dia. Masih tidak sedarkan diri dan saya cuba pangku/riba dia semasa suami pergi mencari air lagi. Dgn kuasa allah tiba2 anak sy muntah dan sedar. Syukurlah kekejangan @ x sedar diri dia tidak terlalu lama. Nasihat saya ibu bapa boleh mandikan anak yg x sedar diri dgn ais utk cpt turunkan suhu.

Dari pengalaman terakhir, Saya sentiasa monitor bayi saya jika suhu naik, cepat2 lap atau mandikan dia supaya dapat keluarkan haba badan. Jika boleh letak dia dlm bilik beraircond dan pakai baju yg nipis.

Pernah juga suhunya mencecah 40.8'C dan dimasukkan ke wad utk monitor. Pengalaman di emergency department nurse/doctor akan terus take action for this case. Ambil darah. Bagi ubat peluru. Dan bagi kain dan air sejuk utk mandikan dia. Sehingga suhu turun ke normal dan discharge ward.

Demam panas agak biasa berlaku kepada bayi dan kanak kanak. Ibu bapa perlu sentiasa peka terhadap suhu badan anak anak bagi mengelakkan kekejangan.

BISKUT SUGI BUTELON

BISKUT SUGI BUTELON

1 3/4 cawan tepung gandum
1 cawan gula castor
1 cawan minyak sapi
1 cawan tepung jagung
1 sudu susu tepung
sedikit garam
ceri untuk hiasan

1. Ayak tepung dan gula.
2. Masuk minyak sapi dan esen vanila.
3. Gaul dan bentuk adunan.
4. Hiaskan ceri.
5. Bakar pada suhu 150C selama 10 minit.

Menjadi tak?
Selamat mencuba.
Boleh juga order dengan saya RM18 untuk 50pcs. Emel ke nssikari@gmail.com.





BISKUT TART NENAS BUNGA APRIL

Saya suka sangat makan biskut tart nenas tapi yang berbentuk bunga.. Yang tart gulung, saya kurang sikit.

Disini saya nak kongsi cara buat biskut. Jika ada yang tercari-cari cara nak buat.

BISKUT TART NENAS BUNGA APRIL


250gram buttercup atau butterlite
3 sudu besar gula aising dan secubit garam
2 biji kuning  telur
1 sudu teh esen vanila
3 cawan tepung gandum
3 sudu besar tepung jagung
pastri nenas

1. Ayak tepung gandum, tepung jagung dan gula aising.
2. Masukkan kan butter dan kacau hingga sebati dan berderai.
3. Masuk telur kuning dan esen vanila.
4. Uli hingga sebati.
5. Bentukkan jadi doh dan tekap dengan bentuk bunga.
6. Masukkan dalam paper cup.
7. Letakkan pastri nenas yang bulat di tengah bunga,
8. Bakar pada suhu 150C selama 15 minit.

Biskut ini gebu dan sedap. Jika x sempat nak buat, boleh order dengan saya bila-bila masa dengan harga RM21 untuk 50pcs. Boleh emel ke nssikari@gmail.com.

Selamat mencuba.

BISKUT SARANG SEMUT

ada yang tercari-cari resepi buat biskut sarang semut. saya share kat sini cara nak buat biskut. 
BISKUT SARANG SEMUT 
 250gram buttercup atau butterlite 
1 cawan kecil gula castor 
2 cawan tepung gandum 
1 3/4 cawan tepung kastard 
1/4 cawan tepung jagung 
1 sudu teh esen vanila 
coklat rice 

1. Pukul butter, gula castor dan esen vanila sampai putih/gebu. 
2. Masuk semua tepung yang diayak. 
3. Gaul hingga menjadi doh lembut. 
4. Simpan sekejap (15 minit) dalam peti ais. (tujuan untuk senang parut). 
5. Ambil sedikit demi sedikit doh untuk parut. 
6. Masukkan parutan ke dalam paper cup dan tabur coklat rice. 
7. Bakar 150C selama 10 minit. 

Kalau tak sempat nak buat, boleh buat tempahan biskut ini dengan saya bila-bila masa, RM20 untuk 50pcs. Boleh emel ke nssikari@gmail.com. 

Selamat mencuba.

Thursday, 22 August 2013

Kongsi Cerita: Telinga Bayi Bernanah

Sini saya kongsi pasal telinga bayi bernanah.

Anak saya pernah terjadi telinga yang bernanah. Jadi saya cuma bagi dia antibiotik dan ubat titis dalam telinga.

Dia dijaga di nursery pada waktu saya bekerja. Seperti yang kita tahu, di nursery tempat penyakit merebak seperti demam, selsema, batuk, campak, HFMD dan penyakit2 lain. Sebab ramai kanak-kanak dijaga di satu-satu nursery. Persekitaran nursery pon ada yang terlalu sejuk, sistem pengudaraan yang kurang baik sebab mereka duduk dalam bilik tertutup.

Anak saya dah 10 bulan semasa itu. Saya mula hantar dia ke nursery start umur 4 bulan. Masa kat nursery pertama, jarang demam cuma selsema mudah kena, sbb aircond kat sana sejuk, tak boleh nk control sbb centralize. Bila masuk 8 bulan, saya hantar kat nursery baru, lagi dekat dengan ofis. Di nursery itu lah tempat dia selalu sakit. Jika dikira, 1 bulan tu akan jadi minggu 1 demam, bawa jumpa doktor dan makan ubat sembuh, 1 minggu baik. Kemudian minggu seterusnya kembali demam, makan ubat baik semula. Demam ni macam rutin mingguan pula untuk anak saya.

Sampai satu tahap ni dia demam selama 5 hari berturut dan suhu pon dah cecah 39-40C. Masa bawa gi jabatan kecemasan, suhu dah naik sampai 40.8C. Nasib baik tidak sawan. Doktor cepat bagi ubat dan mandikan. Kepada ibu bapa yang belum ada pengalaman anak demam suhu tinggi, cuba sentiasa monitor suhu anak, mandikan dia, lap air seluruh badan sebab takot terkena sawan. 

Lepas dah habis demam, telinga pula bernanah. Doktor bagi tahu sebab bernanah kerana dia batuk dan selsema terlalu lama sehingga ada jangkitan di salur telinga. Doktor bekalkan antibiotik untuk merawat telinga yang bernanah. Nasib baik selepas 8 hari baru nanah tu kering.

Sekarang ini dah sebulan berlalu dan telinga dia kembali bernanah. Jadi kena bagi antibiotik lagi.

Setiap masa saya kena monitor, jika dia selsema, terus bagi ubat selsema. kerana telinga dia ada bocor sedikit (lubang kecil) dan akan tertutup semula jika tidak selsema selama 6 bulan max. 

Ini adalah antara faktor cenderung mendapat jangkitan telinga:-
- jangkitan di saluran pernafasan 
- dijaga di nursery
- terdedah kepada asap rokok
- bayi yang diberi susu botol
- pembesaran adenoids
- alahan (menyebabkan kanak-kanak lebih terdedah kepada jangkitan telinga).

Alhamdulillah, rasanya sekarang telinga dia dah sembuh sebab dah tak ada nanah lagi bila selsema.