Mungkin
anda sedang mencari tips untuk hamil.
Di sini saya kongsikan cara yang saya gunakan untuk hamil. Kaedahnya sangat simple dan senang. Namun rezeki anak adalah dari Allah dan banyakkan berdoa dan usaha juga.
Dalam tempoh tiga bulan sebelum merancang untuk hamil, pertamanya saya cuba elak makan dan minum makanan berikut:-
· Minuman
bikarbonat (cth: pepsi, cola)
· Junk
food dan jeruk
· Maggi
· Buah
masam seperti lemon, nenas
· Fastfood
seperti McD, KFC
· Tapai
Dalam
masa yang sama, saya cuba setiap hari untuk
· Ambil
vitamin C dan Vitamin E
· Asid
folik
· Minum
susu
· Kadang-kadang
puasa (cth: Isnin dan Khamis)
Saya
juga sarankan supaya suami kurangkan merokok, ambil juga Vitamin C dan Vitamin
E setiap hari.
Selain
itu, pastikan waktu subur tepat menggunakan Ovulation Test. Mungkin waktu subur
bukan antara hari ke 12-14. Bila gunakan ovulation test (boleh dapatkan di
mana-mana farmasi) boleh dapat waktu yang tepat dan tidak dijangka apabila
waktu subur adalah antara hari ke 18-20. Di samping itu, selang selikan waktu
bersama (contoh selang sehari atau dua hari). Jangan terus cuci lepas bersama.
Biar air mani berada dalam vagina selama yang boleh (minimum 15 minit) dan
bantu isteri tinggikan kaki/bahagian bawah bagi mengelakkan air mengalir
keluar.
Semoga
perkongsian ini dapat memberi sedikit sebanyak cara untuk hamil. Insya allah.
No comments:
Post a Comment