Rasa sayanggg nak let go nombor plat asal sebab ada sentimental value nya tersendiri... Boleh, dengan cara buat interchange di JPJ. Kalau tak de masa dan nak mudah boleh upah runner tau. Cuma saya nak buat sendiri sebab nak belajar benda baru.
Pertama: PUSPAKOM
(Untuk cek keadaan kenderaan lama yang nak dialihkan nombor plat)
Buat temujanji dengan pihak puspakom di website https://www.mypuspakom.com.my/ dan datang temujanji mengikut slot. Bayaran untuk Pemindahan nombor pendaftaran adalah RM30.21. Check kenderaan tak ambil masa lama dan keputusan juga kita akan dapat on the spot sama ada lulus atau gagal. Untuk kali pertama, kenderaan saya GAGAL sebab masalah tinted tak mengikut spec JPJ. Jadi saya kena betulkan dulu isu itu (pergi buang terus tinted cermin depan). Dan saya booking appointment puspakom kali kedua dan kena bayar lagi RM30.21. Berdebar juga nak check kali kedua takot ada isu lain inspector jumpa, tapi Alhamdulillah lepas. LULUS dan dokumen keputusan mereka emelkan dalam hari yang sama. Kita boleh terus pergi buat kat JPJ.
Kedua: JPJ (hanya di JPJ Besar/Cawangan). Jangan ke kaunter JPJ atau UTC.
Nak dijadikan cerita dan melambatkan masa, saya mulanya pergi ke UTC. Kemudian ke kaunter JPJ pula. Tiada proses interchange kat situ. Akhirnya saya ke JPJ Besar. Korang kena download apps JPJEQ untuk scan bar code nak dapatkan nombor giliran menunggu. Sangatlah ramai rakyat di JPJ. Masa saya pegi sebelah petang pukul 2.50, nombor giliran dah habis. Jadi saya terpaksalah balik dan datang balik esoknya. Saya sampai esoknya pukul 8.15 dan gilirannya menunggu 67 orang dah. Kali ni saya nak puji betul dengan servis kaunter JPJ sbb sangat efisyen dan cepat.
Dokumen yang perlu dibawa: geran kereta asal (original), roadtax, borang JPJ K1A (isi borang), salinan IC dan Laporan PUSPAKOM tu dan surat daripada ejen kereta baharu. Tuan empunya kena hadir sendiri ke JPJ sbb nak thumbprint dan IC. Jadi kita juga diberi pilihan satu nombor plat baharu yang nak dibubuh kat kereta asal. Dan dalam beberapa saat, zasss terus dapat Geran Baharu bagi kedua-dua kenderaan (lama & baharu). Bayarannya RM500.
Ketiga: NCD kereta asal
Nak transfer NCD ke kereta baharu kan? boleh la buat draw NCD siap2 ke kereta baharu, hubungi la pihak insurance kita.
Keempat: Jual Kereta di Carsome
Terfikir nak jual kereta lama tu? Guna servis carsome.
Nak cerita sikit la servis carsome. Buat appointment untuk check kenderaan. Pergi ikut slot temujanji. Bawa la geran kereta dan kunci kereta tu. Dalam masa 1 jam pihak Carsome akan inspect kereta dan offer harga kereta. Disebabkan saya rasa Carsome offer harga bukan mengikut jangkaan yang saya nak jual, so saya try untuk masuk slot bidding. Bidding ni diberi tempoh selama 4 hari. Setiap slot bidding, harga bid akan berkurangan sebanyak 5%. Namun tiada rezeki, tiada orang bid pon. Yang view pon paling ramai 5 view. Akhirnya saya bersetuju la dengan harga yang Carsome offer awalnya. Lepas tu kena thumbprint dan bayaran masuk ke akaun kita dalam masa sehari (3 jam selepas itu).
Alhamdulillah semuanya setel.
Sedikit perkongsian untuk kalian yang tengah cari info berkenaan interchange. Harap bergunalah.
Selamat Hari Raya....
No comments:
Post a Comment