Wednesday, 25 September 2013

Malang Kurang Berbau

Malang Tidak Berbau @ Malang Kurang Berbau

Mungkin kali ini merupakan malang kurang berbau.. Semenjak dua tiga hari ini, saya tidak sedap hati dan berasa seperti sesuatu yang akan hilang dari segi harta benda.. Pada mulanya, saya terfikir mungkin melibatkan rumah, dan sentiasa berwaspada dengan mengunci pintu dan grill dengan baik sebelum keluar.

Jadi sebenarnya hari ini kisahnya berlaku.
Pada jam 3.53 petang, saya mendapat panggilan daripada suami dengan suara yang agak lemah. Telah dirompak di seri kembangan, berhampiran south city plaza. Cermin kereta dipecahkan untuk mengambil barang dalam kereta, dan malangnya nasib apabila yang diambil tu adalah duit yang berjumlah 5angka. Dan juga lebih malangnya apabila duit tersebut bukanlah duit kami, tetapi duit orang. Syukur suami tidak cedera kerana pada masa tersebut, dia keluar sekejap dari kereta. 

Makanya, suami saya telah membuat laporan polis di balai polis berhampiran south city plaza dan juga balai polis puchong. Seperti biasa, kita kena redha dengan hal yang berlaku kerana dengan apa cara sekalipun, penyangak tidak akan pulangkan kembali duit tersebut, except miracle happen i hope really hope. 

Kecuaian diri sendiri menyebabkan perkara ini boleh berlaku. Jika kita sentiasa berwaspada dan merancang tindakan yang perlu diambil terlebih dahulu, masih ada peluang yang boleh menyelamatkan kita dari terjadi perkara seperti ini. 

1. Jangan bawa cash yang banyak apabila keluar dari bank, lebih baik terus bank in di atm/kaunter.

2. Tukarlah duit tersebut kepada bentuk cheque.

3. Jangan simpan duit dalam beg/envelope.

4. Jangan letak beg di seat sebelah penumpang kerana menyenangkan mereka.

Sejak akhir-akhir ini sangat-sangat-sangat banyak kes ragut, kecurian, rompakan yang berlaku. Pada pandangan saya, secara overall masalah ini disebabkan oleh kesempitan wang untuk teruskan kehidupan. Mungkin kerajaan kurang peka sebenarnya dengan masalah ekonomi masyarakat / rakyat Malaysia yang mana harga barangan/servis/fasiliti semakin naik, rakyat yang miskin semakin miskin, rakyat yang kaya bertambah-tambah kaya dan sangat jauh gap antara keduanya. Kes pengangguran yang mana salah satu nya kerana kerana kurang peluang pekerjaan dengan pelbagai jenis syarat yang ditetapkan bagi satu-satu jawatan dan pekerjaan. Masyarakat sekeliling tidak membantu dan hanya melihat / buat tidak tahu jika berlaku jenayah depan mata. Ini membuatkan penyangak tersebut tidak takut dan tidak ragu-ragu untuk melakukan jenayah di khalayak ramai. Selain itu, sepertinya polis kurang membuat rondaan kawasan dan mungkin juga terdapat segelintir polis yang menyalahgunakan kuasa yang ada. 

Kerajaan Malaysia perlu lebih serius menangani masalah-masalah jenayah yang berlaku di Malaysia dan perlu buka mata buka mata luas-luas. Cuba tengok clip clip video/gambar yang terakam di CCTV/camera betapa ganasnya penyangak-penganyak di Malaysia. 
Dan tolong jangan menindas golongan bawahan. 

Terima kasih.


No comments:

Post a Comment