Saturday, 6 May 2023

Tukar Nombor Plat Kesayangan ke Kenderaan Baharu (Interchange)

Rasa sayanggg nak let go nombor plat asal sebab ada sentimental value nya tersendiri... Boleh, dengan cara buat interchange di JPJ. Kalau tak de masa dan nak mudah boleh upah runner tau. Cuma saya nak buat sendiri sebab nak belajar benda baru.

Pertama: PUSPAKOM 

(Untuk cek keadaan kenderaan lama yang nak dialihkan nombor plat)

Buat temujanji dengan pihak puspakom di website https://www.mypuspakom.com.my/ dan datang temujanji mengikut slot. Bayaran untuk Pemindahan nombor pendaftaran adalah RM30.21. Check kenderaan tak ambil masa lama dan keputusan juga kita akan dapat on the spot sama ada lulus atau gagal. Untuk kali pertama, kenderaan saya GAGAL sebab masalah tinted tak mengikut spec JPJ. Jadi saya kena betulkan dulu isu itu (pergi buang terus tinted cermin depan). Dan saya booking appointment puspakom kali kedua dan kena bayar lagi RM30.21. Berdebar juga nak check kali kedua takot ada isu lain inspector jumpa, tapi Alhamdulillah lepas. LULUS dan dokumen keputusan mereka emelkan dalam hari yang sama. Kita boleh terus pergi buat kat JPJ.


Kedua: JPJ (hanya di JPJ Besar/Cawangan). Jangan ke kaunter JPJ atau UTC.

Nak dijadikan cerita dan melambatkan masa, saya mulanya pergi ke UTC. Kemudian ke kaunter JPJ pula. Tiada proses interchange kat situ. Akhirnya saya ke JPJ Besar. Korang kena download apps JPJEQ untuk scan bar code nak dapatkan nombor giliran menunggu. Sangatlah ramai rakyat di JPJ. Masa saya pegi sebelah petang pukul 2.50, nombor giliran dah habis. Jadi saya terpaksalah balik dan datang balik esoknya. Saya sampai esoknya pukul 8.15 dan gilirannya menunggu 67 orang dah. Kali ni saya nak puji betul dengan servis kaunter JPJ sbb sangat efisyen dan cepat. 

Dokumen yang perlu dibawa: geran kereta asal (original), roadtax, borang JPJ K1A (isi borang), salinan IC dan Laporan PUSPAKOM tu dan surat daripada ejen kereta baharu. Tuan empunya kena hadir sendiri ke JPJ sbb nak thumbprint dan IC. Jadi kita juga diberi pilihan satu nombor plat baharu yang nak dibubuh kat kereta asal. Dan dalam beberapa saat, zasss terus dapat Geran Baharu bagi kedua-dua kenderaan (lama & baharu). Bayarannya RM500. 


Ketiga: NCD kereta asal 

Nak transfer NCD ke kereta baharu kan? boleh la buat draw NCD siap2 ke kereta baharu, hubungi la pihak insurance kita.


Keempat: Jual Kereta di Carsome 

Terfikir nak jual kereta lama tu? Guna servis carsome.

Nak cerita sikit la servis carsome. Buat appointment untuk check kenderaan. Pergi ikut slot temujanji. Bawa la geran kereta dan kunci kereta tu. Dalam masa 1 jam pihak Carsome akan inspect kereta dan offer harga kereta. Disebabkan saya rasa Carsome offer harga bukan mengikut jangkaan yang saya nak jual, so saya try untuk masuk slot bidding. Bidding ni diberi tempoh selama 4 hari. Setiap slot bidding, harga bid akan berkurangan sebanyak 5%. Namun tiada rezeki, tiada orang bid pon. Yang view pon paling ramai 5 view. Akhirnya saya bersetuju la dengan harga yang Carsome offer awalnya. Lepas tu kena thumbprint dan bayaran masuk ke akaun kita dalam masa sehari (3 jam selepas itu).

Alhamdulillah semuanya setel.


Sedikit perkongsian untuk kalian yang tengah cari info berkenaan interchange. Harap bergunalah.

Selamat Hari Raya....

Wednesday, 13 June 2018

Insan yang pergi

Kasih abadi

Adik, Satu pinjaman yang berharga
Dua puluh sembilan tahun ada bersama
Kebahagiaan untuk dirinya hanya dua pertiga
Dari umur kelahirannya
selebihnya berada di alam lamunan
Jiwa mati dalam sedar
Masih tidak pasti apa yang terjadi
Asbab kekhilafan manusia atas muka bumi
Kisah ini telah ditakdirkan
Dia dipilih oleh Pencipta-Nya
Kerana dia kuat dan tabah melalui ujian
Bersama ayah ibu yang sentiasa mendampinginya
Seratus hari terakhir adalah keajaiban Allah
Sedar dari lamunan dan jiwa dikembalikan untuk bersama keluarga
Masa digunakan dengan bernilai untuk beri rasa penuh kasih sayang
Jiwa ragamu sudah melayang
Kesakitanmu telah hilang
Kini pusaramu sebagai kenangan
Ayah ibu telah melupakan kisah kelam
Kerana Allah yang menentukan
Hati merasa tenang, Allah hantar adik kepada kehidupan yang lebih indah di sana..
Hanya doa yang baik untukmu , sentiasa...

Al-Fatihah 30 Oktober 1988 - 19 Mac 2018 (2 Rejab

Saturday, 5 March 2016

Celebrity Perfume (Malaysia)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Sambil sambil saya nak promote perfume celebrity Malaysia yang top meletop dan wangi seperti international perfume. Korang boleh dapatkan dengan harga mampu milik dan wangi2 bagaikan celebrity. Perfume by Rozita Che Wan, Bunkface, by Rita Rudaini dan By Remi Ishak.

Jom jenguk juga Instagram shiny_tamina untuk tengok2 dan jika berkenan, boleh place order.


Rumi by Remi Ishak for him and her





Weekend.. Sunday..

Weather is so hot! And the body was so stress..


Sunday, 21 February 2016

Assalamualaikum

Kecewa? Mengapa masih kecewa?

I don't regret my past, I just regret the time I wasted. 

Kenapa masih tidak gembira sedangkan semua tindakan yang baik telah diusahakan. Hati ini masih sengaja ditutup untuk menjalani kehidupan yang bebas dari memori lepas. 

To forget the past:
1. You stop the communication
2. You throw every piece of memory
3. You delete stupid picture
4. You delete every single text
5. You forget the feeling

No. 5 is hard to do!

Wednesday, 17 February 2016

Cabaran

Assalamualaikum,

Dah lama saya tak mencatat di blog. Tiba-tiba hati rasa ingin menulis dan memberitahu sesuatu. Yang mana ianya susah untuk dikongsikan kepada orang-orang di sekeliling kita. Masyarakat kita suka menuding jari dan membuat judgement terhadap apa yang mereka nampak dengan mata mereka. Ianya adalah salah!
"Never Judge Someone Without Knowing the Whole Story. You May Think You Understand But You Don't."
Kecewa? Kecewa dengan kehidupan di bandar ini. Silicon Valley of Malaysia. 3 tahun masa mengenal bandar ini, tiga tahun hidup bersama teman-teman. Masuknya 6 tahun bersama dari Putrajaya selama 3 tahun ke Cyberjaya 3 tahun juga. dan memiliki 2 orang anak yang comel. Tetapi akhirnya rasa kecewa dengan hidup sekarang.
Perlu membuat perubahan supaya tidak lagi terumbang ambing. 



Saturday, 20 September 2014