Thursday, 22 August 2013

Kongsi Cerita: Telinga Bayi Bernanah

Sini saya kongsi pasal telinga bayi bernanah.

Anak saya pernah terjadi telinga yang bernanah. Jadi saya cuma bagi dia antibiotik dan ubat titis dalam telinga.

Dia dijaga di nursery pada waktu saya bekerja. Seperti yang kita tahu, di nursery tempat penyakit merebak seperti demam, selsema, batuk, campak, HFMD dan penyakit2 lain. Sebab ramai kanak-kanak dijaga di satu-satu nursery. Persekitaran nursery pon ada yang terlalu sejuk, sistem pengudaraan yang kurang baik sebab mereka duduk dalam bilik tertutup.

Anak saya dah 10 bulan semasa itu. Saya mula hantar dia ke nursery start umur 4 bulan. Masa kat nursery pertama, jarang demam cuma selsema mudah kena, sbb aircond kat sana sejuk, tak boleh nk control sbb centralize. Bila masuk 8 bulan, saya hantar kat nursery baru, lagi dekat dengan ofis. Di nursery itu lah tempat dia selalu sakit. Jika dikira, 1 bulan tu akan jadi minggu 1 demam, bawa jumpa doktor dan makan ubat sembuh, 1 minggu baik. Kemudian minggu seterusnya kembali demam, makan ubat baik semula. Demam ni macam rutin mingguan pula untuk anak saya.

Sampai satu tahap ni dia demam selama 5 hari berturut dan suhu pon dah cecah 39-40C. Masa bawa gi jabatan kecemasan, suhu dah naik sampai 40.8C. Nasib baik tidak sawan. Doktor cepat bagi ubat dan mandikan. Kepada ibu bapa yang belum ada pengalaman anak demam suhu tinggi, cuba sentiasa monitor suhu anak, mandikan dia, lap air seluruh badan sebab takot terkena sawan. 

Lepas dah habis demam, telinga pula bernanah. Doktor bagi tahu sebab bernanah kerana dia batuk dan selsema terlalu lama sehingga ada jangkitan di salur telinga. Doktor bekalkan antibiotik untuk merawat telinga yang bernanah. Nasib baik selepas 8 hari baru nanah tu kering.

Sekarang ini dah sebulan berlalu dan telinga dia kembali bernanah. Jadi kena bagi antibiotik lagi.

Setiap masa saya kena monitor, jika dia selsema, terus bagi ubat selsema. kerana telinga dia ada bocor sedikit (lubang kecil) dan akan tertutup semula jika tidak selsema selama 6 bulan max. 

Ini adalah antara faktor cenderung mendapat jangkitan telinga:-
- jangkitan di saluran pernafasan 
- dijaga di nursery
- terdedah kepada asap rokok
- bayi yang diberi susu botol
- pembesaran adenoids
- alahan (menyebabkan kanak-kanak lebih terdedah kepada jangkitan telinga).

Alhamdulillah, rasanya sekarang telinga dia dah sembuh sebab dah tak ada nanah lagi bila selsema. 

My Tamina Aprill

ma asih..
bila aunty asiah bagi sampul duit raya, my n.t.a say ma asih (terima kasih). pandainye dia.
walaupon baru setahun tiga bulan, dah pandai berfikir..

terus saya cakap pada daddy dia masa sampai rumah.. daddy pon sgt kagum dengan tingkah laku n.t.a.

malam semalam, kami bertiga makan sama-sama.. bila dah abis nasi n.t.a dalam mangkuk dia, terus dia bersuara abisss.. pon kami terkejut.. eh.. eh.. budak ni..

apa pon saya sgt bersyukur kepada allah kerana kurniakan seorang anak perempuan yang sempurna, cantik, dan bijak.

semoga dia akan menjadi seorang anak yang solehah dan berjaya. amin..